Thursday, August 11, 2011

(ArmChaiYa) Ustaz Ismail Kamus - Puasa Ramadan 3



INSYA ALLAH Always On Time dan Siapa menguasai PELASTIN akan MENGUASAI DUNIA Dari SALAHUDDIN AL-AYYUBI PAHLAWAN ISLAM TERBILANG.

(ArmChaiYa) Ustaz Ismail Kamus - Puasa Ramadan 4



INSYA ALLAH Always On Time dan Siapa menguasai PELASTIN akan MENGUASAI DUNIA Dari SALAHUDDIN AL-AYYUBI PAHLAWAN ISLAM TERBILANG.

(ArmChaiYa) Ustaz Ismail Kamus - Puasa Ramadan 5



INSYA ALLAH Always On Time dan Siapa menguasai PELASTIN akan MENGUASAI DUNIA Dari SALAHUDDIN AL-AYYUBI PAHLAWAN ISLAM TERBILANG.

(ArmChaiYa) Ustaz Ismail Kamus - Puasa Ramadan 6



INSYA ALLAH Always On Time dan Siapa menguasai PELASTIN akan MENGUASAI DUNIA Dari SALAHUDDIN AL-AYYUBI PAHLAWAN ISLAM TERBILANG.

London Riots 2011 - Man Helped and Then Robbed. (Malaysian student / Asy...



INSYA ALLAH Always On Time dan Siapa menguasai PELASTIN akan MENGUASAI DUNIA Dari SALAHUDDIN AL-AYYUBI PAHLAWAN ISLAM TERBILANG.

Monday, May 2, 2011

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!
SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!! Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...

kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak..

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..

itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA : " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."

perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"

(Imam Al-Ghazali) HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib. -Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya. Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Wednesday, April 20, 2011

Berpantang Lepas Bersalin Dalam Islam

Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.

Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.

Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama' menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.

Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].

Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].

Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh wanita selepas bersalin pada zaman Nabi :saw tidak pula saya berjumpa dengannya. Amalan yang paling hampir adalah bayi yang baru lahir itu hendaklah disusukan oleh wanita lain (selain ibunya) sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kelahirannya. Ini adalah elok sementara menunggu susu ibu tersebut menjadi pekat. Kebanyakkan orang Arab memberi tumpuan pada perkara ini, sebagaimana Nabi :saw diberi kepada Banu Sa'd untuk disusukan di kalangan mereka.

Waktu mengandung 9 bulan itu boleh dikatakan agak lama, maka sudah tentu kesihatan merupakan perkara yang perlu dijaga oleh setiap wanita selepas bersalin. Disini saya mengutip sedikit nasihat Doktor wanita (tulisan Saarah al-Lu'Lu'ah didalam laman sesawang Islamway) mengenai perkara ini :-

perkara utama yang perlu dilakukan adalah cukup rehat dan tidor, sekurang-kurangnya 1 minggu
terus mandi selepas bersalin (mandi wiladah)
makan diet yang biasa selepas bersalin. Tumpukan kepada makanan yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan.
digalakkan ibu yang lepas bersalin bergerak selepas 6 jam.
tidak kembali bekerja hanya selepas 6 minggu.
terus bersenam sehingga badan menjadi normal

Beberapa perubahan yang mungkin berlaku :-

perubahan emosi. Ibu yang baru masuk kealam yang baru. Adakalanya stress, dsb. Peranan suami dan keluarga memberi sokongan kepadanya
perubahan phisiologi didalam waktu post-natal.

Kesimpulannya, amalan berpantang tidak ada didalam Islam, akan tetapi hakikat 40 hari berpantang (tidak berpuasa, bersolat, dsb) itu merujuk kepada angka maksima seseorang wanita itu didalam nifas. Tidak banyak yang dapat dipetik mengenai bab wanita selepas bersalin dari kitab fiqh. Yang wujud didalam kitab-kitab fiqh adalah amalan menyusu dan amalan-amalan sunat yang dilakukan keatas bayi, seperti memberi nama, aqiqah, bercukur, tahnik, dsb. Ibu Qayyim yang juga merupakan seorang doktor banyak memberi nasihat penjagaan bayi semasa kecil sehinggalah pendidikan mereka. Amalan-amalan lain seperti pemakanan, senaman, kasihatan, dsb bolehlah dilihat didalam buku-buku kesihatan. WA.
Free Hit Counter