Sunday, January 16, 2011

5 Pekara RENUNGKAN lah.

Allah memuliakan Rasulullah dengan 5 perkara:
1-Nama – Allah tidak menyeru nama Rasulullah tetapi dengan panggilan Rasul sedangkan Nabi Adam,Nuh,Ibrahim dan lain-lain nabi ,Allah seru dengan panggilan nama meraka .
2-Jasmani. Rasul memohon sesuatu secara langsung kepada Allah tanpa perantaraan, Allah juga mengabulkan permintaan Rasulullah secara langsung.
3-Pemberian. Allah menganugerah sesuatu perkara kepada Rasulullah tanpa menunggu permintaan Rasulullah.
4-Kesalahan. Allah mengampun dosa kepada Rasulullah sebelum Rasulullah melakukan kesalahan. Tetapi Rasulullah tidak pernah melakukan dosa.
5-Keredhaan. -Allah tidak akan menolak fidyah,sedekah dan nafkah yang Rasulullah keluarkan tetapi terdapat nabi-nabi terdahulu ditolak fidyah,sedekah dan nafkah mereka.

Sabda Rasulullah SAW : 5 malam tidak akan ditolak Doa,
1.Malam pertama daripada bulan Rejab.
2.Malam Nisfu Sa’ban.
3.Malam Jumaat.
4.Malam Hari Raya Aidul Fitri.
5.Malam Hari Raya Aidul Adha.

5 PERBUATAN DIANGGAP IBADAT:-
1.Makan sedikit dikira ibadah
2.Duduk di dalam masjid dikira ibadah,
3.Melihat kepada mushaf tanpa membaca dikira ibadah,
4.Memandang wajah orang alim dikira ibadah,
5.Memandang kepada wajah kedua ibu bapa dikira ibadah.

5 PERKARA MERUGIKAN:-
1-Sesiapa memandang rendah kepada Ulamak maka rugilah agamanya.
2-Sesiapa memandang rendah kepada pemimpin maka rugilah dunianya.
3-Sesiapa memandang rendah kepada kepada jirannya maka hilanglah manfaatnya.
4-Sesiapa memandang rendah kepada keluarganya maka hilanglah kemanisan hidupnya.
5-Sesiapa memandang rendah kepada kaum kerabatnya maka rugilah kecintaanya.

5 SEBAB KECELAKAAN IBLIS
Muhammad bin Ad-Dauri berkata:

Iblis menjadi celaka kerana lima sebab
1.Tidak mengakui dosa.
2.Tidak bersedih.
3.Tidak mencaci diri.
4.Tidak berazam untuk bertaubat.
5.Berputus asa dari rahmat Allah.

Nabi Adam mendapat kebahagiaan kerana
1.Mengakui dosa yang telah dilakukan
2.Merasa sedih di atas dosa yang telah dilakukan.
3.Menghina diri kerana telah melakukan dosa.
4.Segera bertaubat kepada Allah.
5.Tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

5 Cahaya Ilahi:-
Hafis Ibnu Hajar R.A dalam Kitab Al-Munabihat menulis Abu Bakar berkata:
Kegelapan adalah lima perkara , Cahaya yang dapat menghilangkan kegelapan tersebut ialah :
1-Orang yang mencintai dunia adalah berada dalam kegelapan cahaya yang dapat menghilang kegelapan tersebut ialah Taqwa kepada Allah Azzawajal.
2-Maksiat adalah kegelapan dan Cahaya yang dapat menghilang dosa maksiat ialah Taubat Nasuha.
3-Kubur adalah Alam Kegelapan, Cahaya yang dapat menerangi Alam Kubur ialah Kalimah La Ila IllAllah ( Tiada Penyembahan dan Ketaatan serta kepatuhan dalam kehidupan manusia dan jin melainkan hanya kepada Allah Azzawajal )
4-Di Alam Akhirat manusia akan hidup dalam serba kegelapan, mereka akan merasa tenang dan cerah apabila Amalan Soleh datang menemani mereka.
5-Kita akan menempuh Sirat Mustaqim dalam keadaan gelap gelita tetapi kita akan merasa tenang menitinya apabila langkah kita ditemani KEYAKINAN kepada Allah semasa hidup di dunia dahulu.


5 Kunci Alam Ghaib yang tidak ada yang mengetahui melainkan Allah SWT:-
1-Kamu tidak mengetahui apa yang akan berlaku besok hari.
2-Kamu tidak mengetahui apa yang berlaku semasa dalam kegelapan perut ibumu.
3-Kamu tidak mengetahui bilakah hujan akan turun.
4-Kamu tidak mengetahui bilakah kamu akan mati.
5-Kamu tidak akan mengetahui bilakah akan berlakunya Qiamat.

Semuanya terserah kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui.


5 Syarat Untuk Melakukan Dosa:-
1-Jika hendak lakukan dosa, maka lakukanlah di tempat yang Allah SWT tidak dapat melihat kamu.
2- Lakukanlah dosa diluar bumi Allah SWT.
3- Jangnlah makan rezeki Allah SWT.
4-Jika kamu lakukan dosa, lalu Malaikat datang menjemput kamu, maka jangan kamu ikut malaikat tersebut.
5- Apabila kamu membaca buku catatan amalan kamu, maka kamu tolaklah dengan hujjah-hujjah kamu dengan apa yang telah tercatit dalam buku catatan tersebut.

5 PERKARA PERLU DILAKUKAN:-
Syaqiq Albalkhi berkata:

Tepatilah olehmu lima perkara:-
1.Beribadatlah kepada Allah sesuai dengan keperluanmu kepadaNya.
2.Ambillah dunia sesuai dengan ketentuan umurmu.
3.Lakukanlah dosa sesuai kemampuan bertahan dengan azab Allah.
4.Persiapkanlah bekalan di dunia ini untuk tempat tinggalmu dai alam kubur.
5.Beramallah untuk S sesuai dengan keinginnamu untuk tinggal di sana.

5 HALANGAN UNTUK MENJADI ORANG SOLEH:-
SAIDINA ALI BIN ABI TALIB BERKATA; Sekiranya kamu tidak memiliki 5 perkara nescaya seluruh manusia menjadi orang SOLEH :
1- Rela dengan kebodohan- akan berusha menambah ilmu pengetahuanya.
2-Tamak dengan harta-jika ada sifat qona’ah pasti berusaha kearah kebaikkan.
3-Bakhil dengan kelebihan.-segala kelebihan yang Allah bagi kepadanya tidak digunakan untuk manfaat alam sejagat.
4- Riya’ dengan amalan. Apabila melakukan amalan soleh dengan baik pasti timbul dihatinya kebanggan atau merasa selesa dan melebihi daripada orang lain maka hilanglah keikhlasan kepada Allah SWT.
5-Merasa bangga dengan pendapatnya. jika dia tahu pendapatnya tidak begitu baik sedangkan pendapat orang lain baik maka ia berusaha mencari pendapat terbaik.

5 Khabar Gembira Untuk Orang Mukmin:-
1.Untuk orang awam yang mukmin diberitahu: Jangan takut, kamu tidak akan kekal dalam neraka bahkan kamu tetap akan mendapat syafaat para Nabi-nabi dan orang-orang solihin dan jangan sedih atau berduka atas kekurangan pahala dan kamu pasti masuk syurga.
2.Untuk orang yang ikhlas: Kamu jangan khuatir, kerana amalmu telah diterima dan jangan sedih terhadap kekurangannya pahala kerana kamu pasti mendapat pahala berlipat ganda.
3.Untuk orang-orang yang bertaubat: Kamu jangan khuatir terhadap dosa-dosamu, maka semua sudah diampuni dan jangan sedih terhadap pahala, pasti kamu dapatkan atas amalmu sesudah taubat.
4.Untuk orang-orang yang zahid. Kamu jangan khuatir semasa berada di padang mahsyar atau hisab dan jangan berduka sebab akan dikurangi pahalamu yang berlipat-lipat ganda itu, dan terimalah khabar gembira bahawa kamu akan masuk syurga tanpa hisab.
5.Untuk ulama yang mengajarkan kebaikan pada manusia. Kamu jangan takut dari dahsyat hari kiamat dan jangan berduka sebab Allah SWT akan membalas amalmu dengan syurga, juga orang-orang yang mengikuti jejakmu.

5 Perkara Menyebab Kebahgiaan:-
Abdullah bin Umar bin’ Ash berkata:
Ada 5 perkara menyebabkan kebahgiaan apabila kita beramal denganya:
1-Menyebut ” لا إله إلا الله محمد رسول الله setiap waktu.
2-Melafazkan “ إنا لله وإنا إليه راجعون ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ” ketika ditimpa musibah.
3-Apabila mendapat nikmat menyebut ” الحمد لله رب العالمين ” .
4-Memulakan setiap pekerjaan kebajikan dengan ” بسم الله الرحمن الرحيم “
5-Apabila tersilap melakukan dosa menyebut ” أستغفر الله العظيم واتوب إليه ” .

5 Perkara Tanda Pendustaan Kita Kepada Allah SWT:-
1.Beribadat kepada Allah SWT tetapi melakukan maksiat dengan anggota badannya.
2.Melakukan Ibadat kepada Allah SWT tetapi disertai bidaah dalam ketaatan kepada Allah SWT.
3.Beribadat kepada Allah SWT tetapi Haloba dengan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain.
4.Menyakini tentang kebenaran Islam tetapi kurang beribadat kepada Allah SWT.
5.Mengaku persaudaraan sesama Islam tetapi tidak menjaga kehormatan umat Islam mengikut dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

5 TANDA-TANDA ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT.
Osman bin Affan berkata:
Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah SWT 5 perkara,
1-Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).
2-Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah berkaitan Akhirat maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil daripada musibah tersebut..
3-Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.
4-Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.
5-Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang bercampur dengan dosa.

KELEBIHAN ORANG MENJAGA SOLAT 5 WAKTU SECARA BERJAMAAH:-
1.Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.
2.Diangkat siksa kuburnya.
3.Surat Catatan amalannya diserah kepadanya dengan tangan kanan.
4.Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.
5.Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.

10 sebab mematikan hati

Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:

1.Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.
2.Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.
3.Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.
4.Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.
5.Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.
6.Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.
7.Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.
8.Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
9.Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.
10.Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain.

Sepuluh macam kekejaman

Sufyan Atsauri berkata: “Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
Free Hit Counter